Sunday, June 26, 2011

Jadi, sabarlah...


Pada suatu ketika, Abu Nawas sedang berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Tiga orang sahabatnya ingin mengenakan Abu Nawas memandangkan sikap Abu Nawas yang sangat mempercayai sahabatnya itu. Sahabat yang pertama berkata, "Apa kata kalau kita membuat satu pertandingan antara kita. Kita kan sudah lama bersahabat. "

Sahabat yang kedua pula menyambung, "Aku setuju. Tapi pertandingan apa?"

Abu Nawas hanya tersenyum mendengar cadangan daripada sahabat-sahabatnya. sahabat yang pertama mengemukakan cadangannya dan berkata "Barangsiapa yang tahan akan kesejukan pada malam hari tanpa ada pakaian tebal mahupun satu unsur hangat, sahabat yang lain akan mempersiapkan makanan yang enak-enak buatnya."

Sahabat yang ketiga pula bersuara, "Wah, nampaknya cadangan ini sangat bagus. Aku setuju. tapi, bila dan di mana kita akan memulakan pertandingan ini?"

Sahabat yang pertama menjawab, "Wahai Juha, aku cadangkan kau yang mula dahulu.memandangkan kau adalah yang paling baik antara kita. Pergilah ke bawah pohon ini pada malam ini. Kemudian, esok ceritakan semua yang kau alami pada malam nanti pada kami."

Tanpa berfikir panjang, Abu Nawas mempersetujui cadangan sahabatnya bagi menghormati mereka. 

Tidak dia sedari, sahabat-sahabatnya telah merancang idea jahat bagi mengenakan dirinya pada malam tersebut. 

****

Pada malam tersebut, Abu Nawas pergi ke tempat yang di katakan oleh sahabatnya. tidak berapa lama kemudian, dia melihat satu bebola api di celahan pokok jauh dari tempatnya duduk. tanpa mempedulikan itu, Abu Nawas lalu tertidur sehinggalah pagi menjelang.

Pada pagi itu, sahabat nya pun bertanya, "Juha, apakah yang telah engkau lalui pada malam tadi?ceritakan segalanya dengan jujur."

Abu Nawas pun menjawab, "Setelah lama aku duduk di sini, aku telah melihat sebuah bebola api di kawasan yang jauh di sana. selepas itu, aku langsung tidak menghiraukan benda tersebut, dan aku tertidur sehinggalah pagi ini. jadi, aku menang dalam pertandingan ini, bukan?"

image by google.


"Tidak. kau telah kalah. kau menyatakan yang kau telah melihat bebola api itu. jd itu adalah unsur hangat. sudah tentu engkau berasa hangat semalaman, bukan? Jadi, sekarang tunaikanlah permintaan kami. Siapkanlah makanan yang enak-enak untuk kami."

Abu Nawas akhirnya akur dan mengajak sahabatnya ke rumah. Setibanya mereka di rumah, Abu Nawas terus menuju ke dapur. sahabat-sahabat nya menunggu dengan hati yang gembira memandangkan mereka berjaya mengenakan Abu Nawas. merekalah yang meletakkan bebola api yang telah dilihat oleh abu Nawas tersebut.

Setelah berjam-jam lamanya mereka menunggu, mereka pun bertanya. "Wahai Juha, adakah engkau ingin mempermainkan kami?"

Jawabnya,"Tidak, aku tengah memasak untuk kamu semua."

Dengan nada kehairanan, mereka lalu menuju ke arah Abu Nawas. alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat periuk yang Abu Nawas gunakan untuk memasak di gantung di tempat yang tinggi, walhal apinya jauh di atas tanah.

"Ini yang kau katakan memasak?"

"Sabarlah, tak lama lagi masaklah. bukankah kamu sendiri yang mengatakan bahawa unsur2 hangat itu boleh dirasai walau sejauh manapun api itu. jadi, sabarlah.tunggu lah sampai periukku panas dan masakan ini masak."

Sahabat-sahabatnya berasa insaf lalu memohon maaf kerana berlaku tidak adil pada Abu Nawas. mereka sedar, Abu Nawas memang seorang ulama yang bijak dan jujur.

"Hikmah dan bijaksana, itu kunci utama." ^_^

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger