Wednesday, May 4, 2011

TIPS Mencari Kebahagiaan INSAN

10 TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN INSAN

Menurut Syeikh Muhammad Al-Ghazali (Tokoh Pemikir Islam)

1) Mari Melangkah ke Dunia Baru

2) Jadilah seorang yang hidup untuk hari ini

3) Jangan racuni hidup dengan kecemasan dan kegelisahan

4) Jangan dikalahkan oleh perkara yang remeh temeh

5) Percaya kepada ketentuan Allah

6) Penuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah

7) Jangan tangisi sesuatu yang telah berlaku

8) Bagaimana anda berfikir begitulah anda hidup

9) Memberi tetapi jangan mengharapkan balasan

10) Menghitung anugerah yang telah Allah kurniakan kepada anda


Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam menelusuri kehidupan sebagai mukminah solehah di bumi Allah ini. Amiin. 



Usth Sharifah Nooraida
JAPIM IPG KBL, Kuching.



Merci Ya Allah


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..




Sunday, May 1, 2011

Dia SELAMBA tapi BIJAKSANA

Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar Baghdad lalu berkata dengan suara yang nyaring. " Dalam hidup saya ada tiga perkara yang selalu saya lakukan. Kalau kalian nak dengar sila datang beramai-ramai."

Maka orang ramai pun berkumpul di keliling Abu Nawas.

" Wahai Abu Nawas yang otak geliga tapi perangai gila-gila. Beritahu kami apa tiga perkara itu." desak seorang pengawal Khalifah Harun Al Rashid yang kebetulan berada di situ.

" Yang pertama, saya selalu bersaksi dengan perkara yang tidak pernah saya lihat," jawab Abu Nawas." Memang tuan orang gila," kata Pengawal Khalifah.

"Yang kedua, saya selalu melarikan diri dari rahmat Allah swt." "MasyaAllah, Abu Nawas sudah sesat!" jerit orang ramai.

" Yang ketiga, saya selalu makan bangkai!." Jawapan Abu Nawas menimbulkan kemarahan orang ramai. Mereka mendesak Abu Nawas di hadapkan kepada Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihukum. Maka pengawal pun mengheret Abu Nawas ke istana lalu dihadapkan kepada Khalifah Harun Al Rashid.

***  

" Benarkah apa yang kamu katakan itu, wahai Abu Nawas?" tanya Khalifah."Benar wahai Amirul Mukminin," jawab Abu Nawas dengan tenang. " Kamu dihukum penjara," titah Khalifah Harun Al Rasyid dan orang ramai gembira mendengarnya.

Tetapi esoknya orang ramai terkejut dan merasa hairan bila melihat Abu Nawas ada di pasar dan mengulangi lagi ucapan yang sama.

"Bukankah awak sudah dihukum penjara oleh Amirul Mukminin?" tanya orang ramai.
" Benar…" jawab Abu Nawas sambil tertawa. " Saya ucapkan terima kasih kerana kamu saya mendapat hadiah daripada Khalifah yang bijaksana." Orang ramai merasa hairan lalu meminta Abu Nawas menjelaskannya.

" Amirul Mukminin Harun Al Rashid seorang khalifah yang bijaksana dan setelah baginda mendengar penjelasan saya, maka saya dilepaskan dari penjara dan diberi hadiah oleh baginda." Jawapan itu menyebabkan orang ramai semakin takjub lalu minta penjelasan dari Abu Nawas terhadap tiga perkara yang mengelirukan mereka.

" Yang saya maksudkan bersaksi dengan perkara yang tidak pernah di lihat itu maksudnya begini, saya bersaksi bahawa Allah itu ada walaupun saya tidak pernah melihatnya."

"Melarikan diri dari rahmat Allah maknanya bila hujan turun saya melarikan diri ke tempat teduh. Bukankah hujan itu rahmat Allah?"

"Saya selalu makan bangkai maknanya saya suka makan ikan. Bukankah ikan itu tidak disembelih dan setiap haiwan yang tidak disembelih disebut bangkai?" Orang ramai kagum dengan kebijaksanaan Abu Nawas.



Pengajaran: Kalau dengar cakap org ,mesti siasat dulu, mana tau maksud yang nak disampaikan tu lain daripada yang didengar..pun kena cek pembawa berita tu, fasik or tak (org yg selalu buat dosa kecil secara berterusan). Merujuk Surah Al-Hujurat ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦)
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 

Credit to: BUDAK BAEK

Teka-Teki dari Kalamullah

JAWAPAN TEKA-TEKI SLOT KAMI CINTA KALAMULLAH AN-NISA’ (1)

Sebelum itu,  untuk pengetahuan semua, penggunaan nombor sebelum noktah bertindih menunjukkan kedudukan surah dalam Al-quran, dan nombor selepasnya ialah kedudukan bilangan ayat,contohnya (2:1) surah kedua,ayat pertama. Selamat mencari klu dalam Kitabullah..=)


1) Nama2 surah yg dikaitkan dgn nama haiwan???
~ Al-Baqarah maksudnya sapi betina, surah ke 2

~ An-Nahl maksudnya lebah, surah ke 16
~ An-Naml maksudnya semut, surah ke 27
~ Al-‘Ankabut maksudnya labah-labah, surah ke 29
~ Al-Fil maksudnya gajah, surah ke 105


2) Berapa kali ayat dlm Surah Ar-Rahman, surah ke 55 ni diulang? 
فبأىّ ءالآء ربّكما تكذّبان
~31 kali,cuba kira..=)


3) Antara tumbuh-tumbuhan yg disebut dalam Al-quran seperti dlm ayat 2:61 ialah
a) Sayur-mayur

b) Timun
c) Bawang putih
d) Kacang adas
e) Bawang merah


4) Burung yang dikaitkan dgn kisah Qabil???
~ Burung gagak, (5:31)



5) Serangga2 yg ada disebut dlm Al-quran???
a) Labah-labah (29:41)
b) Lebah (16:68-69)
c) Semut (27:18)
d) Lalat (22:73)
e) Nyamuk (2:26)
f) Kutu (7:133)
g) Belalang (7:133, 54: 7)


6) Antara azab/bencana yg dikirimkan kpd kaum Nabi Musa (khususnya Firaun dan kaumnya yg ingkar) akibat tidak membenarkan ajaran yg dibawa oleh RasulNya??? Klu ~Surah Al’A’raf, (7:133)
a) Taufan

b) Belalang
c) Kutu
d) Katak
e) Darah


Sekian untuk kali ini, inshaAllah bersambung di lain waktu..Selamat mengkaji Kitabullah..=)




 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger