Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?
Sesungguhnya sangat banyak kemuliaan Lailatul Qadr, secara ringkasnya ialah....
1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.
2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.
6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)
Ayoh teman dan sahabat!
Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita....
Biodata Kolumnis
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.
10 comments:
cmne nak buat box home saf peneraju pautan.then kter klik die akan g ke page tuh?cmne ea?
sy dah rply kt blog sy...
sy masih xpaham..kt blog sy nk add page xblh coz already use but sy cari kt design xde..cmni lah..ni no sy blh x awk msg sy?susah cmni..0172746944 ..klo edit kt template xblh ker?coz sy buat box saf kepimpinan tu kt template...?ni blog nyer
kelabsteadfastkisdar.blogspot.com
atau awal leh emailkan sy sume berkaitan yg ipg malaysia nyer box kt template awk tu..t sy edit blk..blh? email kt aliff_nero7@yahoo.com
awk rply kt blog sy yer
thnks sharing !
Semoga kita sama2 mendapat mlm lailatul qadar.....:)
semoga kta mendapat keberkaatanNya di bulan puasa ni :)
semoga kta mendapat keberkaatanNya di bulan puasa ni :)
terima kasih atas perkongsian.. :)
semoga kita berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang.. :)
sentiasa menunggu kedatangan ramadhan...;d
Awak ada mknn kegemaran? Jemput join segmen saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D
Post a Comment