Friday, August 19, 2011

Istimewanya Lailatul Qadar


Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)
Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?
Sesungguhnya sangat banyak kemuliaan Lailatul Qadr, secara ringkasnya ialah....
1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar  ini.
2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).
4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.
6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: 
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)
Ayoh teman dan sahabat!
Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita....

Biodata Kolumnis


Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.

Halusnya Cara Allah


ya-Allah, Astaghfirullah.
Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.
Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.
Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.
Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.
Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.
Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.
Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.
Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.
Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.
Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.

Ramadhan Kareem


Thursday, June 30, 2011

Buatmu Bernama Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai mawar-mawar agama tersayang kerana Allah..
Sensitiflah dengan apa yang ada di sekeliling kita..
Yang tak menutup aurat,tutuplah sekarang,selagi masih sempat,Allah masih meminjamkan nyawa pada kita,Yang dah elok bertudung,tutuplah sebaik mungkin,sesempurna mungkin,mengikut apa yang Allah telah gariskan..
Penuhilah kriteria-kriteria tersebut:
~Labuh
~Menutupi bahagian dada
~Longgar (baju,seluar,tudung xikut bentuk badan)
~Tak jarang
~Tak ketat~
Tutup semua kecuali muka & tapak tangan di depan bukan mahram


Image
Jauhilah Pemakaian Tudung Dengan Menampakkan Bentuk Leher


Image
Hentikan Fesyen Lucah Ini. No more LEGGING!

Tak kisahlah Tudung Fareeda ke Tudung Syria ke Tudung Ariani ke Tudung Qaisara ke Tudung Wardina ke Tudung Waheeda ke, aurat kena jaga sebetul-betulnya.




RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...



Ya Allah selamatkanlah wanita Islam..
Allah..Allah..Allah, Lindungilah kami


Image
Larangi kaum wanita kita dari memakai sanggul begini.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(An-Nur:31).

Wahai mawar-mawar agama,


Patuhilah setiap yang disuruh Allah,
Tak susah,dan semua yang Allah suruh,semua yang Rasulullah pesan,adalah untuk kebaikan kita..
Subhanallah..bila kita bertudung,berbaju besar,longgar,rasa sangat selamat...
Lelaki pun akan rasa segan nak tengok-tengok kita..
Kita rasa Allah jaga kita..

Sebaik-baik wanita itu tidak memandang & tidak dipandang..
Berusaha untuk tidak memandang sesuka hati pada lelaki ajnabi..
Begitu juga kita tak suka lelaki memandang-mandang kita tanpa segan silu..

Jadi,jagalah diri anda..
Moga Allah berkati setiap hela nafas kita..
Jadi insyaAllah,bila-bila sahaja Allah nak ambil nyawa kita,kita takkan rasa gerun lagi..
InsyaAllah..

Sama-sama jaga diri..
Kutip ilmu,Jaga Iman,Tingkatkan Amal..
Selamat Bermujahadah ya akhawat fillah.. ♥

Diam Lebih Baik

Banyak Kelebihannya apabila kita berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat.

Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari) Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar apabila digelar sebagai 'Manusia yang Pendiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta sekelian makhluk Allah SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. (Na'udzubillaahimindzalik).

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Oleh itu, "DIAM" adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM.

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4.Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).

Semoga kita dapat menghayati dan mengamalkannya...InsyaAllah


Kerana Langit Tak Selalu Cerah

stadium jublee's view

Kerana kita tidak tahu, apa yang akan terjadi seminit lagi selepas saat ini, apatah lagi sehari selepas hari ini atau setahun dari sekarang. Kerana kita tidak tahu apa-apa. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang. 


Kita terus berlari dan mencari. Mengimpikan yang terbaik dan yang tercantik. Mengharapkan yang mudah tiada yang payah. Menginginkan bahagia tanpa derita. Biarpun kita tahu, esok belum tentu lagi milik kita. Dan kita juga tahu, setiap yang berlaku hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya semata-mata.

Namun, selagi harapan masih ada. Selagi impian masih di dada. Kita terus berbaik sangka dan optimis. Mengukir pelbagai cerita versi kita. Melakar mimpi dalam jaga. Kita berharap dan berdoa. Moga esok akan bertambah baik. Kejayaan mungkin datang pada kemudian hari. Kebahagiaan mungkin akan menghiasi kehidupan mendatang. Kerana sesungguhnya hanya itu yang kita harap-harapkan.

Biarpun sering jatuh dan terluka. Biarpun selalu sakit dan perit. Biarpun langit tak selalunya cerah. Biarpun diri tak selalunya di atas. Biarpun cerita tak selalu indah. Biarpun pelangi tak sentiasa di dada langit. Kerana tiada siapapun antara kita yang inginkan penderitaan dan penyiksaan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegagalan dan kepayahan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegelapan dan kesengsaraan.

Hari ini mungkin kita berasa payah hidup sendirian sebatang kara. Lalu kita menadah tangan bermohon kepada Ilahi agar esok kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang dapat menemani perjalanan hidup kita. Biarpun kita tidak tahu apa yang menanti di alam berumahtangga . Apakah mungkin hidup bekeluarga lebih sukar daripada hidup sendiri? Kita tidak tahu kerana langit tidak selalunya cerah.

Jangan berasa sedih bila doa kita belum dimakbulkan. Jangan berasa kecewa bila Allah belum kurniakan apa yang kita impikan. Jangan sekali-kali berasa hampa dan beranggapan bahawa Allah itu kejam dan zalim. Ingatlah, mungkin ini sebenarnya lebih baik buat kita. Bukakah Dia memberi ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu. 

Mungkin, kepayahan hidup bersendiri ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kepayahan setelah berkeluarga. Kerana kita tidak tahu dan Dia mengetahui segalanya. Dan sungguh, langit tak selalunya cerah.

Analogi yang mudah. Kita mungkin tidak gembira memandu sebuah kereta buruk, lembap dan uzur. Sering rosak sana sini. Lalu kita mengimpikan sebuah kereta baru yang cantik, mantap dan cekap. Dan kita terlupa, langit tidak selalunya cerah. Bilamana kita memiliki kereta yang baru dan cekap, kita mungkin memandu lebih laju dan akan mengakibatkan kemalangan. 

Dan mungkin kaki atau tangan kita akan putus atau patah. Cacatlah kita. Sedangkan dengan kereta buruk kita sempurna kaki dan tangan. Dan mungkin waktu itu barulah kita sedar, alangkah indahnya hidup kita jika kita tidak memiliki kereta baru dan masih lagi memandu kereta buruk.

Sungguh, kerana kita tidak tahu apa-apa.

Maka, nikmatilah setiap kepayahan yang sedang kita galas dengan penuh rasa rendah diri. Hargailah setiap penderitaan yang sedang kita alami dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana mungkin, esok lebih payah dari hari ini. Kerana kita tidak tahu apa-apa.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid pada ayat ke 22 dan 23;

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikianitu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Dan Allah juga berfirman dalam Surah At-Taghaabun ayat yang ke-11;

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Nikmatilah dan hargailah hari ini. Seolah-olah esok tiada lagi buat kita.

Allah berfirman, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.” Surah At-Talaq : Ayat 3

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Faatihah : Ayat 5

Sumber : Mencari Sebuah Destinasi


Sunday, June 26, 2011

Jadi, sabarlah...


Pada suatu ketika, Abu Nawas sedang berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Tiga orang sahabatnya ingin mengenakan Abu Nawas memandangkan sikap Abu Nawas yang sangat mempercayai sahabatnya itu. Sahabat yang pertama berkata, "Apa kata kalau kita membuat satu pertandingan antara kita. Kita kan sudah lama bersahabat. "

Sahabat yang kedua pula menyambung, "Aku setuju. Tapi pertandingan apa?"

Abu Nawas hanya tersenyum mendengar cadangan daripada sahabat-sahabatnya. sahabat yang pertama mengemukakan cadangannya dan berkata "Barangsiapa yang tahan akan kesejukan pada malam hari tanpa ada pakaian tebal mahupun satu unsur hangat, sahabat yang lain akan mempersiapkan makanan yang enak-enak buatnya."

Sahabat yang ketiga pula bersuara, "Wah, nampaknya cadangan ini sangat bagus. Aku setuju. tapi, bila dan di mana kita akan memulakan pertandingan ini?"

Sahabat yang pertama menjawab, "Wahai Juha, aku cadangkan kau yang mula dahulu.memandangkan kau adalah yang paling baik antara kita. Pergilah ke bawah pohon ini pada malam ini. Kemudian, esok ceritakan semua yang kau alami pada malam nanti pada kami."

Tanpa berfikir panjang, Abu Nawas mempersetujui cadangan sahabatnya bagi menghormati mereka. 

Tidak dia sedari, sahabat-sahabatnya telah merancang idea jahat bagi mengenakan dirinya pada malam tersebut. 

****

Pada malam tersebut, Abu Nawas pergi ke tempat yang di katakan oleh sahabatnya. tidak berapa lama kemudian, dia melihat satu bebola api di celahan pokok jauh dari tempatnya duduk. tanpa mempedulikan itu, Abu Nawas lalu tertidur sehinggalah pagi menjelang.

Pada pagi itu, sahabat nya pun bertanya, "Juha, apakah yang telah engkau lalui pada malam tadi?ceritakan segalanya dengan jujur."

Abu Nawas pun menjawab, "Setelah lama aku duduk di sini, aku telah melihat sebuah bebola api di kawasan yang jauh di sana. selepas itu, aku langsung tidak menghiraukan benda tersebut, dan aku tertidur sehinggalah pagi ini. jadi, aku menang dalam pertandingan ini, bukan?"

image by google.


"Tidak. kau telah kalah. kau menyatakan yang kau telah melihat bebola api itu. jd itu adalah unsur hangat. sudah tentu engkau berasa hangat semalaman, bukan? Jadi, sekarang tunaikanlah permintaan kami. Siapkanlah makanan yang enak-enak untuk kami."

Abu Nawas akhirnya akur dan mengajak sahabatnya ke rumah. Setibanya mereka di rumah, Abu Nawas terus menuju ke dapur. sahabat-sahabat nya menunggu dengan hati yang gembira memandangkan mereka berjaya mengenakan Abu Nawas. merekalah yang meletakkan bebola api yang telah dilihat oleh abu Nawas tersebut.

Setelah berjam-jam lamanya mereka menunggu, mereka pun bertanya. "Wahai Juha, adakah engkau ingin mempermainkan kami?"

Jawabnya,"Tidak, aku tengah memasak untuk kamu semua."

Dengan nada kehairanan, mereka lalu menuju ke arah Abu Nawas. alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat periuk yang Abu Nawas gunakan untuk memasak di gantung di tempat yang tinggi, walhal apinya jauh di atas tanah.

"Ini yang kau katakan memasak?"

"Sabarlah, tak lama lagi masaklah. bukankah kamu sendiri yang mengatakan bahawa unsur2 hangat itu boleh dirasai walau sejauh manapun api itu. jadi, sabarlah.tunggu lah sampai periukku panas dan masakan ini masak."

Sahabat-sahabatnya berasa insaf lalu memohon maaf kerana berlaku tidak adil pada Abu Nawas. mereka sedar, Abu Nawas memang seorang ulama yang bijak dan jujur.

"Hikmah dan bijaksana, itu kunci utama." ^_^

Wednesday, June 22, 2011

Andai Rasulullah datang ke rumah kita


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan ?
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda  erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat suka hati  agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum...
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita
setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tentu tersenyum....... 
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia
menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita
tidak mengetahui  sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.
Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar
mandi menjadi ruang Solat. 
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah
kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. 
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. 
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita ? 
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. 
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. 
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kitasangat jarang membaca Al-Quran. 
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. 
Baginda tentu tersenyum.......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah  kita...... 
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah.........
Masihkah baginda tersenyum ? Senyum pilu, senyum
sedih dan senyum  getir........ 
Oh betapa memalukan kehidupan kita saat ini di
mata Rasulullah...
Wallahua'allam.
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger