Wahai mawar-mawar agama tersayang kerana Allah..
Sensitiflah dengan apa yang ada di sekeliling kita..
Yang tak menutup aurat,tutuplah sekarang,selagi masih sempat,Allah masih meminjamkan nyawa pada kita,Yang dah elok bertudung,tutuplah sebaik mungkin,sesempurna mungkin,mengikut apa yang Allah telah gariskan..Penuhilah kriteria-kriteria tersebut:
~Labuh
~Menutupi bahagian dada
~Longgar (baju,seluar,tudung xikut bentuk badan)
~Tak jarang
~Tak ketat~
Tutup semua kecuali muka & tapak tangan di depan bukan mahram
Hentikan Fesyen Lucah Ini. No more LEGGING!
Tak kisahlah Tudung Fareeda ke Tudung Syria ke Tudung Ariani ke Tudung Qaisara ke Tudung Wardina ke Tudung Waheeda ke, aurat kena jaga sebetul-betulnya.
Ya Allah selamatkanlah wanita Islam..
Allah..Allah..Allah, Lindungilah kami
Larangi kaum wanita kita dari memakai sanggul begini.
Wahai mawar-mawar agama,
Patuhilah setiap yang disuruh Allah,
Tak susah,dan semua yang Allah suruh,semua yang Rasulullah pesan,adalah untuk kebaikan kita..
Subhanallah..bila kita bertudung,berbaju besar,longgar,rasa sangat selamat...
Lelaki pun akan rasa segan nak tengok-tengok kita..
Kita rasa Allah jaga kita..
Sebaik-baik wanita itu tidak memandang & tidak dipandang..
Berusaha untuk tidak memandang sesuka hati pada lelaki ajnabi..
Begitu juga kita tak suka lelaki memandang-mandang kita tanpa segan silu..
Jadi,jagalah diri anda..
Moga Allah berkati setiap hela nafas kita..
Jadi insyaAllah,bila-bila sahaja Allah nak ambil nyawa kita,kita takkan rasa gerun lagi..
InsyaAllah..
Sama-sama jaga diri..
Kutip ilmu,Jaga Iman,Tingkatkan Amal..
Selamat Bermujahadah ya akhawat fillah.. ♥
0 comments:
Post a Comment